Hari Terbuka Mini & Tayangan Nilai-Nilai Moral
11 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 10 Februari 2018, PI Gong Kulim telah mengadakan hari terbuka mini dan juga tayangan nilai-nilai murni untuk ahli PI Gong Kulim. Hari terbuka ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah dan juga pelajar sekolah rendah. Aktiviti yang dianjurkan pada hari terbuka ialah tayangan cerita yang akan ditayangkan oleh pihak PI di dalam bilik training PI dan peserta hendaklah menjawab soalan berdasarkan cerita tersebut.
Hari terbuka ini juga dapat mengisi masa lapang atau hujung minggu peserta dengan perkara yang berfaedah. Sepanjang aktiviti berlangsung, peserta menunjukkan reaksi yang positif dan mencatat isi-isi penting yang terdapat di dalam cerita tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: